Resepi :

* Ubi Kentang , Lobak Merah ,  Brokoli dikukus selama 30 minit

* Kentang Goreng ikut la berapa banyak yang anda mahu

* Meatball ayam @ daging ( Ayamadu , Marina , Ramly , dll yang penting HALAL ) dikukus @ goreng  @ kukus goreng sehingga masak.

* Jem blueberry @ strawberry

Gravy :
2 1/2 sudu margerin ( Planta / Daisy / Buttercup )
1 biji bawang Holland ( Dicincang halus )
2 biji tomato ( Dicincang halus )
1 1/2 sudu tepung gandum
1 1/2 cawan air sejuk
1 kotak susu segar 250ml
1 kuib pati ayam
1/2 sudu serbuk cukup rasa meggi
1 sudu gula
2 sudu kicap manis
3 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu lada hitam ( Dikisar )

Caranya :
1. Panaskan mentega di dalam apa yang sederhana. Masukkan bawang dan tumis hingga layu ( Bukan garing ye )
2. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga warna menjadi coklat
3. Masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato layu
4. Campak time haha.... Masukkkan air sejuk , susu segar , kiub pati ayam , maggi cukup rasa , gula , kicap manis , sos tomato , sos tiram , dan lada hitam . Kacau supaya bahan tadi tidak berketul dan sehingga mendidih
5. Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Seterusnya sedia dihidangkan bersama meatball dan sayur-sayur yang dikukus tadi. 

BON APPETIT :P





Popular Post

Blogger templates

Blog Archive

Powered by Blogger.

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.
Welcome To My Crazy World....Follow me orite...I follow u back :P

Sahabat Blogger

- Copyright © ZULHASWADi -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -